Thursday, October 10, 2013

Teknik sebenar buat duit dengan simkad telefon Tune Talk

Saya yakin pasti ramai yang dah tahu, dah lihat dan dah memiliki simkad Tune Talk. Anda boleh mendapatinya di mana-mana kedai jual topup dan simkad. Kalau nak banding tahap coverage simkad ini, memang tak der beza ketara pun dengan simkad lain seperti Celcom dan Digi. Sama saja kekuatannya.

Namun pasti ramai yang tak tahu bahawa kita juga boleh buat duit dengan simkad Tune Talk. Bagaimana? jadi agen top up ker?


Di sini saya nak berkongs apa teknik sebenar buat duit dengan simkad telefon Tune Talk ini. Menjawab kepada persoalan di atas, anda tidak perlu pun jual topup untuk buat duit dengan Tune Talk. Apa yang anda perlu buat ialah dengan merujuk rakan-rakan anda untuk membeli dan menggunakan simkad Tune Talk. Sama saja ketika anda menggunakan Celcom dan kemudian memberi tahu rakan anda tentang kebaikannya. 

Jadi bagaimana buat duit? Apa yang menarik mengenai Tune Talk ini dan membezakannya dari simkad lain ialah anda boleh buat duit pasif dengan simkad Tunetalk. Katakan lima rakan anda membeli tunetalk dan topup hanfon mereka sebulan ialah RM20 seorang (RM20 x 5 = RM100), jadi jumlah komisyen yang anda dapat ialah 6% dari jumlah tersebut (RM6). Mmmmm....macam sikit saja. Tapi ingat bahawa itu adalah pendapatan pasif anda. Siapa nak bagi RM6 percuma? Nak minta dari mak bapa pun kena merayu-rayu juga kan.

Okay, sebenarnya anda boleh buat duit lebih banyak dari itu. Jika rakan anda pula refer orang lain untuk guna simkad Tune Talk, mereka akan dapat komisyen dan anda pun dapat komisyen. Berikut adalah komisyen topup yang anda terima.

Jika kita topup dari RM20-RM79, maka komisyen topup kita adalah
L1 6%
L2 3%
L3 11%
Jika kita topup dari RM80 keatas, komisyen topup kita adalah
L1 8%
L2 3%
L3 13%
Bermula dari 1/5/13, jika kita topup dari RM20-RM59, komisyen topup masih sama, iaitu
L1 6%
L2 3%
L3 11%
TETAPI  jika topup dari RM60 dan keatas, maka komisyen topup kita adalah
L1 10%
L2 3%

Satu perkara yang perlu anda ingat ialah jika anda mahukan komisyen anda itu, anda juga perlu topup simkad anda sendiri sekurang-kurangnya RM20 sebulan. Berapa bajet topup anda sebulan? kalau saya, lebih dari RM30. Jadi tak perlu lah risau pasal nak maintain komisyen tu.

Bisnes simkad Tune Talk ini bagi saya adalah sangat menguntungkan. Sebab utama ialah sekarang hampir semua orang memiliki telefon dan membelanjakan sekurang-kurangnya RM30 untuk reload setiap bulan. Telefon kini bukan lagi satu barang yang diingini tetapi sudah menjadi barang keperluan sama seperti gula, garam, dan beras. Jadi kenapa tidak anda buat bisnes simkad Tune Talk sebagai pendapatan sampingan. Tune Talk menawarkan sesuatu yang tidak ditawarkan oleh simkad Celcom, Digi dan sebagainya. Dari segi kualiti coverage dan kadar penggunaan pula hampir sama jer. Boleh juga hantar sms, buat panggilan dalam dan luar negara, dan melayari internet. Lagi satu kelebihan Tune Talk ialah ia menawarkan insuran perlindungan kepada penggunanya. Wah, memang bagus.

Oh ya, anda mungkin juga nak tahu siapa pengasas Tune Talk ini. Datuk Tony Fernandes merupakan salah seorang dari pengasas bersama di samping Air Asia, Tune Hotel, dan Big Card. Bukan sahaja anda boleh buat duit melalui komisyen malah anda juga berpeluang dapat free flight gitu.

Jadi, langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan membeli simkad Tune Talk dulu. Anda boleh beli di mana-mana kedai topup. Beli secara online pun boleh. Harga satu simkad ialah RM80. Ianya sudah termasuk topup RM30. Kalau anda malas nak berjalan ke kedai, anda juga boleh beli secara online. Boleh kunjungi laman web myprepaidsms.com untuk membeli tapi anda kena bayar RM95 di sana. Anda akan mendapat simkad Tune Talk yang akan dikirim terus melalui pos laju dan satu buku panduan bagaimana anda boleh mulakan bisnes simkad Tune Talk ini.

Bila dah dapat simkad tu, anda boleh aktifkan simkad dengan menggunakan sms saja. Langkah-langkah mengaktifkan simkad Tune Talk dan cara mendapat komisyen ada diterangkan di laman web myprepaidsms.com ini. 

P/s: Saya bukan bisnes partner atau affiliate kepada laman web myprepaidsms.com dan entri ini hanyalah sebagai perkongsian informasi sahaja. Sekian untuk perkongsian.

PPS: Tune Talk sudah ganti nama kepada Tune Excel



Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan. Atau LIKE facebook kami.

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different