Friday, September 27, 2013

Bagaimana buat produk ebook?

Produk digital seperti ebook sangat popular di kalangan usahawan yang menjalankan bisnes internet kerana ianya senang dijual dan mudah dihasilkan terutama kepada usawahan yang memiliki website sendiri.

Memang benar bahawa kebanyakkan bisnes internet adalah berasaskan kepada produk ebook. Di sini saya akan berkongsi tatacara menghasilkan atau membuat ebook. Apa yang anda perlukan hanya lah sebuah komputer, software Adobe Acrobat, dan sambungan internet.

Permulaan
Untuk memulakan penghasilkan ebook anda sendiri, anda perlu memikirkan tentang beberapa informasi, idea, tips atau topik yang boleh menarik minat orang lain. Anda sebenarnya tidak perlu menjadi seorang penulis yang berpengalaman. Mungkin anda hanya perlu menggabungkan satu laporan topik hangat dengan informasi yang boleh menimbulkan sifat ingin tahu orang lain.

Ilmu Pengetahuan
Jika anda mempunyai ilmu pengetahuan luas tentang sesuatu, ia sebenarnya sudah cukup baik untuk anda menghasilkan ebook. Mungkin anda seorang yang pandai memasak, buat kraftangan, merancang kewangan, menjaga haiwan peliharaan, mengajar, dan sebagainya. Jika anda sudah kenal pasti topik yang anda mahu kongsikan, maka mulakan lah usaha menaip maklumat tersebut dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word, Publisher atau Word Perfect.

Jenis-jenis ebook
Di internet terdapat tiga jenis ebook. Yang paling popular ialah ebook umum yang dibina berlandaskan kepada buku-buku yang sudah diterbitkan. Pengarang buku tersebut hanya menghasilkan semula bukunya dalam versi digital untuk memudahkan jualan melalui internet. Jenis ebook kedua ialah ebook yang dijenamakan oleh pemilik laman web dan biasanya diberikan secara percuma untuk meningkatkan jualan jenamanya kelak serta mempunyai hak cipta mutlak. Jenis ketiga ialah ebook yang mempunyai hak jualan semula. Ianya ialah ebook yang hak ciptanya telah anda beli dari si pemilik asal dan anda boleh menjualnya semula dengan harga yang anda tetapkan sendiri atau untuk kegunaan lain.


Bina fail PDF
Apabila anda selesai menaip hasil tulisan anda itu, anda boleh menggunakan Adobe Acrobat Distiller atau pergi saja ke Adobe.com untuk membuat fail PDF bagi ebook anda. Pastikan anda juga telah design satu template dokumen yang mudah dibaca.


Reka bentuk ebook
Bila mereka bentuk sesuatu ebook, adalah lebih baik jika anda menggunakan saiz laman yang lebih kecil. Selain itu gunakan lah huruf yang senang dibaca serta bersaiz normal. Dari segi penggunaan warna dan imej, ianya bergantung kepada kreativiti anda. Cuma pastikan ianya tidak berselerak sana sini.


Website untuk ebook
Dah ada ebook, anda buatlah laman web dan domain anda sendiri untuk menjual ebook anda itu. Di sini anda perlu membuat landing page yang mengandungi maklumat anda sebagai penulis, ceritakan mengenai kredibiliti serta pengalaman anda dan terangkan juga secara umum mengenai ebook anda itu. Di sini anda perlu bijak menggunakan teknik persuasive (pemujukan) untuk memastikan pengunjung membeli produk ebook anda.

Baik lah, sekarang anda dah tahu secara umum mengenai cara membuat ebook. Tetapi harus diingat bahawa kini terdapat begitu banyak produk ebook di internet ini. Jadi sekiranya anda mahu produk anda itu berdaya saing, maka hasilkan lah ebook yang benar-benar berkualiti.

Anda boleh rujuk Rahsia Produk Digital dan 7Teknik Killer Ebuk BestSeller jika anda memerlukan panduan lebih tentang bagaimana menghasilkan ebook yang bermutu dan mudah dijual. Kedua-dua sumber ini bukan sahaja memberi penerangan lebih spesifik malah penerangannya juga mudah difahami.



Info:
Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan.

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different