Friday, October 4, 2013

5 Kelemahan bisnes dropship dan penyelesaiannya

Saya harap anda sudah membaca entri Bisnes Online dengan Dropship sebelum ini. Kalau belum, elok baca dulu kerana dalam entri tersebut ada dinyatakan tentang apakah itu bisnes dropship dan kelebihannya.

Namun demikian bukan semua bisnes itu sempurna. Dropship juga mempunyai kelemahan. Tapi setiap kelemahan itu akan ada penyelesaiannya. Berikuta antara 5 Kelemahan bisnes dropship dan penyelesaiannya:-


1. Risiko penipuan barangan. Contohnya, lain yang pembeli beli, lain yang dihantar oleh dropshipper. Ini juga mungkin berlaku kerana kesilapan. Penyelesaian: Anda kena buat penyiasatan terhadap sesebuah dropshipper terlebih dahulu sebelum menjual produknya. Cari testimoni pembeli dan agen dropship lain. Di sini, Google sangat membantu.

2. Risiko agen dropship ditipu dropshipper. Ok, anda dah dapat pembeli untuk barangan anda, dan anda dah bayar dropshipper untuk hantar produk. Tapi tungu punya tungu, pembeli kata dia tidak menerima barangan. 
Penyelesaian: Pastikan dropshipper tu dah beri anda nombor tracking untuk barangan yang  dihantar supaya anda dan klien anda boleh check sendiri secara online. Contohnya, Pos Laju, FEDEX, dan City Link menyediakan khidmat tracking number untuk bungkusan yang dihantar.

3. Persaingan dengan agen dropship untuk produk yang sama. Di sini anda kena bersaing dengan agen lain yang menjual produk yang sama dan dari pembekal dropshipper yang sama. 
Penyelesaian: Jadilah lebih kreatif. Mungkin anda menawarkan hadiah istimewa atau free gift kepada pembeli anda kelak. Dan jika anda mempunyai blogshop, pastikan design serta gambar produk itu menarik. First impression pembeli itu sangat mustahak.

4. Anda tidak melihat barang yang anda promosikan. Memang agak sukar sedikit bila mempromosikan barang yang kita sendiri pun tak nampak. Bila bakal pembeli tanya itu dan ini, sukar untuk kita jawab.
Penyelesaian: Promosikan barangan yang anda kenal dan tahu mengenainya. Paling baik kalau anda juga memiliki barang yang serupa.

5. Kualiti produk tidak terjamin. Apabila anda menjadi agen dropship, anda tidak mengawal keadaan kualiti barangan tersebut. Biasanya, sesuatu produk itu akan dicuba (testing) terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pembeli sama seperti yang dilakukan di kedai-kedai biasa. 
Penyelesaian: Di sini, anda perlu lebih teliti memilih dropshipper untuk produk anda. Dropshipper ini juga sebenarnya sangat menitikberatkan kualiti produk mereka dan menawarkan 'money back' atau 'warranty' kepada barangan yang mereka jual. Jadi, pastikan dropshipper itu mempunyai policy jaminan kualiti yang jelas. Oh, anda juga boleh lihat tahap kualiti barangan mereka melalui testimoni dan rating pengguna.

Jadi di mana nak cari pembekal dropshipper ini? Di Malaysia, banyak dropshipper yang anda boleh cari. Antaranya ialah Heartbeat.my dan anda juga boleh mencari di Lelong. Untuk international punya, anda boleh kunjungi laman web Alibaba.comAliexpress.com dan DHgate.com. Ingat! cuba hubungi dahulu bakal dropshipper anda sebelum anda mula memasarkan barang mereka.



Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan. Atau LIKE Facebook page 

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different