Friday, October 11, 2013

5 Sebab kenapa pemasar affiliate gagal buat jualan

Menjadi pemasar affiliate kepada sesuatu produk memang sangat mudah sekali. Anda hanya perlu daftar sebagai affiliate melalui laman web produk itu dan kemudian boleh mula buat kerja promosi. Salah satu lamn web bisnes affiliate yang paling popluar di Malaysia ialah JomNiaga. Terdapat beratus produk ebook di sana yang sedia untuk anda promosikan.
Namun untuk buat duit komisyen dari jualan produk affiliate ini memang sukar dilakukan oleh kebanyakkan orang. Malah ada yang sudah bertahun tempek iklan produk di blog pun masih gagal mendapat pelanggan. Padahal untuk dapat komisyen affiliate ini tak lah susah sangat kalau dibuat dengan cara yang betul. Dalam entri ini saya akan berkongsi 5 sebab kenapa pemasar affiliate gagal buat jualan dan seterusnya gagal mendapat sebarang komisyen.

1. Produk tak seiring dengan entri blog. Inilah salah satu sebab utama kenapa pemasar affiliate gagal mendapat komisyen. Golongan yang selalu buat macam ini ialah blogger yang berblog bukan berdasarkan niche tetapi hanya berdasarkan kepada apa yang mereka fikirkan. Mereka berblog sekadar untuk meluah perasaan dan sebagainya. Entri mereka pun kadangkala tiada kaitan dengan produk yang mereka tempek di sidebar blog. Saya tak kata berblog ikut kehendak sendiri itu salah, tetapi jika benar-benar mahu buat duit banyak dengan program affiliate, blog haruslah selalu bercerita mengenai produk yang dipasarkan itu. Sebab itu, bila anda pilih produk, pilihlah yang benar-benar seiring dengan minat anda.

2. Terlalu banyak join program affiliate. Penahkah anda buat macam ni? saya pasti memang ramai yang buat kesilapan sedemikian. Bila dah terlalu banyak join program affiliate, ia akan menyebabkan anda keliru dan sakit kepala bagaimana nak promosikan produk itu satu persatu. 

3. Tidak membandingkan produk. Pernahkah anda pergi membeli belah tanpa membandingkan barangan yang anda nak beli itu? Contohnya telefon bimbit. Pernah tak anda terus beli sebuah telefon bimbit melalui first impression? saya pasti tidak. Anda akan buat survey dahulu sebelum membuat keputusan. Begitu juga dengan produk affiliate ini terutamnya produk fizikal seperti di Lazada dan Amazon. Bila anda mempromosikan sesuatu produk, berilah informasi produk lain yang serupa supaya bakal pelanggan anda itu boleh membuat perbandingan terus tanpa meninggalkan laman web anda.

4. Tidak fokus. Salah satu halangan utama kejayaan ialah putus asa. Bila anda buat blog untuk mempromosikan sebuah produk affiliate dan masih gagal membuat sebarang jualan, jangan putus asa. Teruskan menulis apa sahaja mengenai produk itu dalam blog anda. Jika bulan pertama masih belum ada jualan, teruskan sehingga bulan kedua. Jika bulan kedua dan ketiga masih juga belum dapat jualan, anda sedang belajar dari kesilapan. Tapi jika dah hampir setahun tapi belum lagi dapat jualan, memang ada sesuatu yang tak kena. Mungkin anda sudah tidak fokus kepada produk yang anda promosikan itu. Mungkin bulan januari anda promosikan ebook pelangsingan badan dan tiba-tiba pada bulan ketiga anda promosikan pula ebook resipi buat kuih raya. Itu dah lari dari fokus anda sebenarnya. Lebih baik anda fokus kepada satu produk sahaja kecuali lah jika produk-produk lain yang anda promosikan itu berkaitan antara satu sama lain.

5. Tidak menjejaki semula hasil jualan. Okay, anda dah buat beberapa jualan bulan ini. Bagus! tapi adakah anda akan berjaya menghasilkan jumlah jualan yang sama pada bulan hadapan? Tidak pasti lagi. Jadi untuk mengekalkan momentum jualan anda itu, satu perkara penting yang perlu dilakukan ialah dengan menjejaki semula dari mana punca kepada penjualan produk affiliate anda itu. Contohnya, url entri dalam blog mana yang berjaya buat jualan tu. Jika anda seorang affiliate kepada barangan di Amazon dan Lazada, anda boleh melihat statistik klik, di mana, dari mana, dan berapa jualan yang dihasilkan. Kalau anda tahu entri mana yang berkesan untuk tarik pembeli, maka mudah lah untuk anda mengembangkan lagi idea dan cara anda mempromosikan produk affiliate anda itu.

Saya harap anda mendapat sedikir sebanyak input dari perkongsian 5 sebab kenapa pemasar affiliate gagal buat jualan ini. Jika anda ada pendapat sendiri, dipersilakan berkongsi di ruang komen. Sekian.


Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan. Atau LIKE facebook kami.

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different