Sunday, October 6, 2013

5 keburukan bisnes online

Segala sesuatu yang ada di muka bumi ini mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Bidang perniagaan online juga sama. Berikut merupakan 5 keburukan bisnes online yang kerap dibincangkan.

1. Kurang interaksi sosial. Kebanyakkan bisnes online dilakukan dari rumah saja. Walaupun keadaan ini memudahkan cara berniaga tapi ia tidak memberi kesan sosial seperti yang berlaku di tempat kerja tradisional seperti pejabat. Hampir kesemua komunikasi bisnes online ini dilakukan dengan menggunakan email, IM, skpe, dan facebook dan keadaan ini menyukarkan interaksi sosial seperti yang berlaku dalam pertemuan face-to-face.

2.Memerlukan kemahiran komputer dan teknologi maklumat. Sudah tentu anda memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumat jika mahu menceburi bidang bisnes online ini. Jika anda kurang mahir dalam ilmu perkomputeran, mintalah khidmat bantuan dari mereka yang mahir.

3. Sukar mendapat kepercayaan dari pembeli. Untuk maju dalam bisnes online, anda perlu mendapat kepercayaan dari bakal pelanggan anda dahulu. Anda perlu yakinkan mereka mengenai produk yang anda tawarkan serta meyakinkan mereka mengenai keselamatan wang mereka. Memang sudah menjadi norma bahawa apa-apa yang melibatkan wang akan membuatkan mereka berfikir tiga empat kali sama ada mahu membeli anda atau tidak. Ramai pengguna yang masih takut untuk membelanjakan duit mereka secara online. Ia sangat berbeza dengan membelanjakan duit di kedai-kedai biasa.

4. Kurang dikenali pengguna offline. Walaupun bilangan pengguna internet kian meningkat saban hari, namun jumlah mereka yang tidak menggunakan atau kurang menggunakan internet juga masih sangat ramai. Jadi apabila anda mempunyai bisnes online yang hanya beroperasi secara online, ianya sukar mendapat recognition dari pengguna offline.

5. Keselamatan data. Untuk melakukan transaksi online ketika membuat pembelian barangan, sesuatu laman web itu akan meminta alamat email dan maklumat-maklumat peribadi yang lain untuk disimpan dalam data pelanggan bisnes yang beroperasi dalam melalui laman web tersebut. Walaupun terdapat polici keselamatan data yang menjamin bahawa maklumat peribadi anda itu tidak akan dilihat oleh pihak ketiga, namun mudah sebenarnya maklumat itu terbongkar melalui aktiviti 'hacking' yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Aktiviti hacking ini merupakan satu aktiviti pencerobohan data sesebuah laman web dan para hacker itu akan mencuri data-data pengguna laman web tersebut. Data yang biasa mereka curi ialan senarai email dan maklumat akaun bank atau kad kredit. 


Jadi jika anda teringan nak memulakan bisnes online ini, anda harus mengenalpasti segala risiko yang bakal anda hadapi dan bersedia dengan pelan tindakan. Kalau anda inginkan panduan teliti bagaimana menjadi usahawan online, boleh dapatkan ebook Pakar Usahawan Internet oleh David Jo ini.

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different