Saturday, October 5, 2013

5 Laman web untuk jual barang dropship

Berminat untuk buat bisnes dropship? Memang berbaloi untuk dicuba. Di sini saya nak berkongsi 5 laman web untuk anda menjual barang dropship. Sebelum tu, saya harap anda mengambil sedikit masa untuk membaca entri sebelumnya iaitu Bisnes Online dengan Dropship dan 5 Kelemahan bisnes dropship dan penyelesaiannya

Baiklah. Berikut antara laman web yang boleh anda gunakan untuk memasarkan barangan dropship anda itu.

1. eBay
Tahukan anda apa rahsia utama menjadi Power Seller ebay? Power Seller ialah penjual di ebay yang mendapat rating tinggi serta sudah menjual ratusan ribu barang di ebay. Pernahkah anda tertanya, dari mana mereka dapat baranga sebanyak itu? adakah mereka mempunyai kedai besar? Tidak.. Rahsia mereka mudah saja, mereka adalah agen DROPSHIP. Jadi jika anda mahu menjual barangan dropship atau barang peribadi, pergi ke ebay. Kalau anda nak tahu rahsia lain untuk menjadi Powerseller, dapatkan saja Pakej Automatic eBay Powerseller. Dan kalau anda nak cari barang terbaik untuk dijual di ebay, boleh rujuk Bisnes Mainan Versi 2.0- Buat Duit Dengan eBay ini. 


2. Lelong
Seperti ebay, laman web Lelong juga boleh menjadi wadah untuk menjual barang dropship anda.

3. Facebook
Jika anda malas nak kusutkan kepala untuk membiasakan diri dengan ebay dan Lelong, anda juga boleh jual barang dropship di Facebook. Paling bagus jika anda membina fanpage sendiri. Dan paling baik kalau anda mempunyai kedai facebook. Anda boleh bina kedai facebook dengan menggunakan khidmat Tackthis. Selain kedai Facebook, Tackthis juga boleh membantu anda buat kedai shopping online lain.

4. Groupon
Anda boleh menjual barang dengan menawarkan diskaun kepada pembeli. Jika anda mahukah laman web jualan yang membantu anda mencari pembeli dengan cepat, mungkin anda boleh pertimbangkan Groupon.

5. Blogshop sendiri
Jika anda mahukan gaya atau rekabentuk kedai alam maya anda yang tersendiri, buat lah blogshop. Anda boleh lihat contoh blogshop seperti Butik Rayban dan Tudung2UKalau anda perlukan bantuan dan informasi lanjut mengenai pembinaan blogshop ini, dapatkan saja Panduan eShop - Buat Blogshop Dengan WordPress  yang sememangnya sangat membantu para usahawan online.


Saya harap dengan perkongsian mengenai  5 Laman web untuk jual barang dropship ini dapat memberi manfaat kepada anda sekiranya anda mahu bergiat dalam bisnes dropship. Semoga maju jaya.


Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan.

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different