Wednesday, October 2, 2013

Langkah demi langkah memulakan bisnes online

Banyak orang yang mempunyai impian untuk memulakan bisnes sendiri, tapi kebanyakkannya hanya tinggal impian. Memulakan sesuatu bisnes hari ini lebih mudah berbanding dahulu, terima kasih kepasa kewujudan internet. Bisnes online umumnya memerlukan kos permulaan yang sangat sedikit, mudah dan percuma untuk dipasarkan.

Terdapat tiga benda asas yang anda perlukan untuk memulakan bisnes online iaitu komputer, sambungan internet, dan web hosting. Di sini terdapat 8 langkah demi langkah memulakan bisnes online yang boleh anda buat sebagai rujukan.

1. Pilih jenis bisnes online yang anda mahu mulakan.Adakah anda akan menjual produk atau perkhidmatan? Atau adakah anda mahu menjadi agen dropship atau menjadi pemasar affiliate iaitu menjual produk orang lain.

2. Tentukan apakah nama bisnes internet anda. Pastikan ianya simple dan mudah diingat. Nama bisnes anda seharusnya sesuatu yang memberi gambaran kepada bakal pelanggan mengenai apa yang anda tawarkan. Contohnya, "Belajar Buat Laman Web"

3. Tentukan apakan lesen bisnes yang anda perlukan untuk menjalankan bisnes online anda secara sah di sisi undang-undang dan mohon lesen tersebut. Di Malaysia, anda boleh layari laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

4. Beli web hosting dan nama domain laman web anda. Anda dinasihati memilih nama domain yang sama atau hampir sama dengan nama bisnes online anda. Anda juga dinasihati untuk membeli nama domain dengan sambungan .com, .net, atau .org untuk mengelakkan persaingan sengit dengan pesaing anda. Contoh, "belajarbuatlamanweb.com". Anda boleh membeli web hosting Malaysia di Exabytes

5. Bina website untuk bisnes internet anda. Jika anda mempunyai bajet yang cukup, anda boleh menggunakan khidmat web designer untuk design website bisnes online anda. Kalau anda seorang yang mahir dengan website designing, lagi bagus.

6. Sediakan pelan bisnes untuk perniagaan internet. Anda perlu mempunyai road map yang mengandungi matlamat dan bagaimana anda akan mencapainya.

7. Pasarkan bisnes internet anda. Dah ada pelan bisnes, kini tiba masa untuk memasarkan bisnes anda itu. Biar orang lain tahu bahawa laman web bisnes anda itu sudah wujud di alam maya. Untunglah sebab sekarang ini banyak cara pemasaran yang boleh dilakukan percuma seperti pemasaran artikel, pemasaran forum, social networking, dan penulisan blog.

8. Lancarkan produk bisnes internet anda. Banyak cara melancarkan produk bisnes anda seperti menawarkan diskaun istimewa kepada pembeli terawal.

Saya juga ingin berkongsi beberapa tips yang boleh membantu anda menjalankan bisnes online. Antaranya:-

- Jika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh mengiklankan bisnes anda dengan menggunakan perkhidmatan iklan banner dan pay per click seperti Adwords

- Terdapat juga web hosting yang turut menawarkan perkhidmatan membina blog bisnes. Jadi sebelum membuat keputusan, anda boleh buat suvey. Yang terbaik untuk bisnes online di Malaysia sekarang ialah Exabyte.


- PENTING: Apabila memilih bisnes internet, pilihlah sesuatu bisnes yang anda suka dan minat. Kalau anda tak minat, memang sangat sukar untuk menjayakannya. 


Idea asal dari Beth Williams
Master of Professional Writing, an M.A. in Holocaust and genocide studies and a B.A. in journalism and communications.

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different