Thursday, October 3, 2013

Bisnes online dengan dropship

Dropship merupakan salah satu bisnes online yang sangat mudah dan menguntungkan. Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah komputer, sambungan internet, dan perbankan online. 

Di sini saya ingin mengongsikan apa itu bisnes dropship dari Demi Borong. Ianya ialah suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

Dropship berfungsi sangat mudah:
1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!


Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda! Malah anda tidak perlu pun pergi ke pejabat pos. Bisnes online dengan dropship ini memang mudah dilakukan tetapi harus berhati-hati juga. Dalam entri seterusnya, saya akan berkongsi 5 Kelemahan bisnes dropship dan penyelesaiannya. Pastikan anda subscribe blog ini atau LIKE page di Facebook.


Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan.

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different