Saturday, September 28, 2013

Senarai website untuk download ebook percuma

Sebelum ini saya ada buat entri tentang Bagaimana buat produk ebook? dan saya pasti masih ramai mahukan meklumat terperinci mengenai produk digital ini. Jadi dalam entri ini saya mahu berkongsi dengan anda pula beberapa senarai website yang berguna untuk download ebook percuma. Carilah mana-mana ebook yang bersesuaian dengan kehendak anda itu.

ebookee.org
Di sini anda boleh cari ebook yang kebanyakkannya adalah seperti buku majalah dan audio. Cari saja ebook mengenai Teknologi, Novel, Kesihatan, Tutorial, Bisnes, Hiburan dan sebagainya. Semuanya boleh dimuat turun secara percuma.

freetechbooks.com
Laman web ini menyediakan ebook percuma yang dikhususkan dalam bidang sains komputer, kejuruteraan dan teknologi. 

freecomputerbooks.com
Satu lagi laman web untuk mencari ebook mengenai ilmu perkomputeran dan aplikasi.

downloadfreepdf.com
Terdapat banyak bidang ebook yang disediakan di sini. Dan yang lebih penting, terdapat banyak ebook yang boleh membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda.

Selain empat laman web kat atas, anda juga boleh mendapatkan ebook percuma di 4ebooks.org, freebookcentre.net, dan ebooksdownloadfree.com.

Sebenarnya masih banyak laman web yang menyediakan ebook percuma tapi saya rasa cukup lah sekadar yang di atas sahaja. Tak rugi kalau anda rajin membaca ebook seperti anda membaca buku untuk mendapatkan ilmu. Bak kata pepatah "membaca itu jambatan ilmu".


Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan atau LIKE facebook page blog ini.

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different