Saturday, September 21, 2013

Prakata blog belajar bisnes online

Salam sejahtera dan selamat datan ke blog peribadi ini. Blog ini dicipta khas untuk berkongsi dengan anda cara menjalankan perniagaan online serta bersama dengan anda belajar tentang bisnes online ini.
Terdapat banyak jenis bisnes online yang boleh anda ceburi seperti bisnes jual barangan fizikal atau digital, bisnes perkhidmatan, bisnes perngiklanan, serta banyak lagi. Sebenarnya bisnes online dan bisnes yang dijalankan secara offline tidak lah begitu banyak perbezaannya. Cuma yang pasti, bisnes online ini lebih banyak memberi kita prospek untuk memajukan bisnes sehingga ke peringkat antarabangsa. Malah sudah terlalu ramai golongan jutawan yang menjadi jutawan dengan hanya melakukan bisnes mereka secara online. Anda kenal Irfan Khairy? dia adalah antara jutawan internet yang paling popular di Malaysia.

Mengenai diri saya pula, saya bukan lah seorang usahawan internet seperti Irfan Khairy tetapi saya sudah lama menceburi bidang penulisan blog sejak 5 tahun yang lalu. Ilmu yang saya ada bukannya saya cipta sendiri melainkan belajar dari mereka yang benar-benar sudah berjaya dalam bisnes online ini.

Jadi, saya harap dengan perkongsian yang bakal saya huraikan dalam blog ini mampu membantu sesama kita untuk maju dan berjaya serta buat duit sampingan atau secara full time dengan bisnes online. Anda boleh subscribe newsletter blog ini untuk mendapatkan informasi terbaru yang bakal saya kongsikan terus ke email anda.

Sekian..

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different