Saturday, September 21, 2013

Jenis-jenis bisnes online

Internet telah merevolusikan cara kita bekerja dan berhubung dengan orang-orang di sekeliling kita. Internet kini bukan lagi setakat sumber informasi malah telah menjadi sumber pendapatan bisnes online. Di sini saya nak berkongsi beberapa jenis bisnes online yang boleh menjana wang untuk anda.

1. Penerbitan blog 
Membuat blog adalah salah satu cara terbaik dan termudah kepada sesiapa yang mahu memulakan bisnes online. Apa yang anda perlu buat ialah hanya bina blog, menulis di blog, dan kemudian menerbitkannya. Anda boleh mula blogging secara percuma dengan menggunakan Blogger atau Wordpress. Jika traffik blog anda tinggi, anda boleh menjana banyak wang pasif. 


2. Pemasaran Affiliate
Salah satu cara mudah buat duit online dari rumah ialah melalui pemasaran affiliate. Ianya bermaksud anda mempromosi produk atau servis orang lain dan akan mendapat komisyen berdasarkan jualan. Biasanya para pemasar affiliate ini akan mempromosi  benda tersebut di media-media sosial seperti Facebook, Twitter, dan di blog.


3. Membuat Review atau Menjawab survey
Review ialah kajian atau pendapat anda terhadap sesuatu produk/barangan/perkhidmatan sesebuah syarikat dan kemudian mendapat bayaran darinya. Berilah pendapat anda sejujurnya kerana review ini penting untuk syarikat-syarikat meningkatkan kualiti serta membetulkan kekurangan yang ada pada mereka. Jika anda berminat, boleh layari laman iPanelonline.

4. Jual barang fizikal secara online
Anda juga boleh menjalankan bisnes jual barang fizikal secara online. Barangan fizikal yang saya maksudkan ialah seperti baju, beg, elektronik, dan sebagainya. Konsepnya sama dengan menjual barang seperti di kedai-kedai biasa. Bezanya ialah menjual barang secara online lebih menguntungkan kerana jumlah pasaran anda lebih luas malah boleh menjangkau pelanggan dari seluruh dunia. Mungkin anda boleh menjual barang di Ebay atau Lelong.


Jika anda mahu belajar bisnes online dan mahukan mentor untuk membimbing anda, saya sarankan anda untuk memiliki panduan Pakar Usahawan Internet, satu ebuku yang saya rasa perlu dimiliki terutama bagi mereka yang mahu belajar dan memulakan secara serius tentang bisnes online.

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different