Monday, September 30, 2013

Bisnes bukan untuk orang malas

Jika anda seorang pemalas yang hanya mahukan hasil dan keuntungan segera, maka saya sarankan agar anda JANGAN buang masa anda untuk buat bisnes. 

Satu perkara asas yang perlu kita tahu ialah, TIADA USAHA, TIADA LAH HASIL. Sedangkan nak makan nasi pun perlu buat sesuatu juga kan. 

Salah satu masalah masyarakat kita ini ialah kebanyakkannya mahu buat sesuatu bisnes yang boleh mendatangkan pulangan cepat dan menguntungkan. Sebab itu tak hairan lah ramai yang terpedaya dengan skim-skim cepat kaya. Dan ada pulak yang tak pandai serik-serik sampai kena berkali-kali.

Nak berjaya dalam bisnes online ini memerlukan usaha dan teknik yang seiringan. Kalau teknik tak betul maka hasilnya pun tidak sebaik yang sepatutnya. Sebab itu kalau kita tengok, banyak usahawan online yang buat benda yang sama tetapi pendapatan mereka berbeza-beza. Ada yang dah lima tahun buat bisnes online tu tapi pendapatan tak sampai seribu. Ada pula yang baru tiga bulan buat bisnes online yang sama, tapi dah dapat pulangan berpuluh ribu malah ada yang sampai ratus ribu. Apa rahsiah mereka? Senang saja, mereka berusaha dan mengaplikasikan teknik yang terbukti berkesan.

Elon Musk
Di sini saya nak berkongsi satu tips dari seorang usahawan internet yang memang sangat terkenal dan antara orang terkaya di dunia. Sekarang ni dia sedang dalam usaha nak buat roket paling laju untuk pergi ke bulan. Namanya Elon Musk, merupakan pengasas bersama laman web Paypal. Kata-katanya ini pendek saja dan memang menjadi pendorong kepada sesiapa yang mahu buat bisnes online.

Katanya, "If you’re lazy, don’t waste your time starting a business"

So, adakah anda bersedia untuk bekerja keras?


Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan. Free Search Engine Submission

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different