Wednesday, September 25, 2013

Apa produk terbaik untuk dijual di internet?

Bagi mereka yang masih samar-samar tentang bisnes online ini, mereka akan kerap bertanya, apakah produk terbaik untuk dijual di internet?

Terdapat banyak jenis produk yang boleh dijual di internet. Antarannya ialah produk digital seperti ebooks, software, dan aplikasi. Selain itu, anda juga boleh menjual barangan fizikal seperti telefon, baju, kosmetik, produk kesihatan, makanan, dan sebagainya.

Tapi antara banyak-banyak produk di atas, mana satukah yang terbaik? Jawapannya senang, produk terbaik untuk dijual di internet ialah 'informasi'. 

Kenapa saya katakan bahawa 'informasi' adalah produk terbaik? 
Sebelum saya menjawab soalan ini, izinkan saya tanya anda satu soalan dulu, apakah tujuan utama anda melayari internet? Saya yakin salah satu tujuan utama anda ialah untuk mendapatkan informasi tetang sesuatu. Mungkin ianya tentang tips rumah tangga, mungkin tentang resepi masakan, mungkin tentang tips memancing, mungkin tentang tips buat duit online, dan sebagainya.

Apabila seseorang itu terdesak untuk mendapatkan sesuatu informasi, sudah pasti dia sanggup membayar untuk mendapatkannya. Sama juga bila anda pergi ke kedai buku dan mencari buku tentang resipi kuih raya. Anda pastinya akan membeli buku resipi kuih raya yang anda jumpa.

Di samping itu, terdapat juga banyak kelebihan produk informasi ini. Antaranya:-

1. Senang dihasilkan dan senang dipasarkan.
2. Tak perlu simpan stok.
3. Kos permulaan yang sangat rendah.
4. Terdapat sistem penjualan dan penghantaran automatik
5. Pelanggan mendapat produk dengan pantas dalam beberapa saat sahaja.
6. Tiada kos penghantaran kourier.
7. Potensi pasaran seluruh dunia.

Saya akan jelaskan satu persatu kelebihan produk informasi ini dalam entri yang akan datang supaya anda lebih jelas tentang kelebihan produk informasi.

Produk informasi ini terdiri dari pelbagai bentuk. Antaranya ialah dalam bentuk buku digital atau ebook, laporan digital, software, sebuah website atau blog, atau dalam bentuk newsletter. Jika anda mahu melihat contoh-contoh ebook yang dijual di internet, layari saja laman JomNiaga. Di sana terdapat banyak ebook Bahasa Melayu yang dipasarkan. 
Contoh ebook
Ok, jadi kalau produk informasi itu adalah produk terbaik untuk dijual di internet, jadi, bagaimana untuk menghasilkannya? Mungkin ada antara anda akan bertanya soalan ini. 

Saya akan cuba menjelaskan persoalan ini dalam entri seterusnya dan saya sarankan agar anda melanggan newsletter blog ini untuk mendapatkan update terkini terus ke emel anda. Anda boleh masukkan emel di bahagian Subscribe Via Email di sidebar kanan blog ini. ATAU anda hanya tekan LIKE sahaja untuk mendapatkan update terkini di FACEBOOK page blog ini.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

Apa pendapat anda?

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different