Wednesday, October 9, 2013

Buat duit dengan menjadi affiliate produk fizikal

Selain menjadi pemasar affiliate produk digital seperti ebook dan software secara online, anda juga sebenarnya boleh menjadi affiliate kepada barangan fizikal seperti pakaian dan barangan elektronik yang dijual secara online. Konsepnya sama saja, anda memperomosi barangan mereka dan anda mendapat komisyen dari jualan barangan tersebut.
Anda boleh menjadi affiliate kepada laman web jualan barang fizikal seperti Lazada dan Shashinki. Mungkin anda kurang tahu atau tak pernah dengar mengenai Lazada dan Shashinki. Biar saya jelaskan kedua-dua laman web ini secara ringkas.

Lazada
Ianya merupakan pusat membeli belah dalam talian (online) yang terbesar di Malaysia. Sama seperti Lelong.my juga. Bezanya, Lazada ada menawarkan program affiliate sebagai salah satu cara mereka meningkatkan jualan. Terdapat banyak produk fizikal yang anda boleh peroleh di sana seperti peralatan elektronik, kamera, peralatan dapur, alat-alat solek, dan pakaian.





ShaShinKi® Logo
Shashinki
Seperti Lazada, Shashinki juga merupakan pusat membeli belah di atas talian. Bezanya, Shashinki hanya berfokus kepada penjualan kamera dan barangan yang berkaitan dengan kamera. Anda juga boleh menjual kamera anda di sini sekiranya anda memiliki kamera yang sudah tidak digunakan lagi.

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Salah satu perbezaan ketara antara affiliate produk digital dengan affiliate produk fizikal ini ialah dari segi jumlah komisyen. Jika anda menjual ebook, komisyennya memang sangat tinggi sehingga ada yang mencecah lebih 50%. Tetapi komisyen yang ditawarkan oleh produk fizikal adalah rendah dan selalunya tak sampai pun 10%. Ini kerana produk fizikal memerlukan modal yang tinggi untuk menghasilkannya manakala produk digital tidak memerlukan modal yang tinggi.

Sebenarnya tidak salah sama sekali jika anda menjadi affiliate kepada kedua produk digital dan produk fizikal secara serentak. Selain dari Shashinki dan Lazada, masih banyak laman web lain yang menawarkan program affiliate ini. Apa yang penting ialah anda meneliti dahulu polisi dan kredibiliti sesebuah laman web yang menawarkan program affiliate. Jangan nanti bila ada pelanggan yang tak puas hati,  anda pula yang kena hentam sebab promosikan barang yang kurang berkualiti. 


Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan. Atau LIKE facebook kami.

Tuesday, October 8, 2013

5 Kunci menjadi usahawan berjaya

Anda seorang usahawan? atau adakah anda seorang usahawan yang masih bergelut untuk menjadi usahawan berjaya dan memerlukan nasihat, tips dan tunjuk ajar?


Di sini saya nak berkongsi 5 rahsia atau kunci untuk menjadi usahawan berjaya.

1. Tahu apa yang anda mahu. Untuk berjaya, anda mesti memiliki visi dan rancangan yang jelas. Ini termasuklah menulis apa matlamat-matlamat anda. Matlamat itu pula mestilah spesifik dan terperinci. Contohnya: Saya mesti menjual 100 ebook sebelum 1 November ini. Kalau stakat berkata, 'saya mesti tingkatkan jualan' adalah kurang berkesan.

2. Be positive. Perlu ada attitude dan sedarlah bahawa tiada seorang pun yang berjaya dengan serta merta dengan satu kali percubaan sahaja. Akan ada masa kita mengalami kegagalan dan kekurangan. Perkara tersebut adalah normal dalam bisnes, sama lah juga dengan kehidupan kita.

3. Berhubung dan belajar dari mereka yang sudah berjaya. JIka anda banyak meluangkan masa bersama dengan mereka yang sudah berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan seperti yang anda ceburi, anda juga akan bermotivasi tinggi untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam perniagaan anda. Ini lah yang dinamakan sebagai 'law of attraction'. Selain bertemu dan bina hubungan dengan mereka, anda juga boleh merujuk buku-buku yang dihasilkan oleh usahawan berjaya yang lain atau dengan mendengar audio motivasi yang mereka sediakan bersama. Menimba ilmu dari pakar adalah sangat mustahak jika anda mahu memulakan sesuatu.

4. Lakukan kajian. Tak kiralah sama ada idea yang timbul dalam fikiran anda itu hebat, terdapat juga beberapa idea yang mungkin kurang berkesan atau sukar dilakukan dari apa yang anda fikirkan sebelumnya. Jika anda seorang usahawan beginner, anda sangat disarankan untuk bergabung dahulu dengan company yang sudah memiliki produk berkualiti atau mungkin anda boleh pertimbangkan untuk buat bisnes franchais. Memang lebih mudah untuk menjalankan bisnes yang sudah dikenali dan sudah memiliki produk yang popular di kalangan pengguna. Contohnya, Avon, KFC, McDonald, dan Amway.

5. Sabar dan jangan putus asa. Apabila berdepan dengan kesukaran, tabahkan lah diri untuk menghadapinya. Kembali lah kepada matlamat asal dan cari jalan penyelesaian kepada segala persoalan yang anda hadapi. Kejayaan sebenar sangat jarang diperoleh dengan cepat. Kejayaan mengambil masa untuk direalisasikan.


Mungkin anda dah biasa dengar atau baca mengenai tips yang diberikan di atas, tapi adakah anda benar-benar menghayatinya? Jika ya, mungkin sekarang ini anda sudah menjadi salah seorang usahawan yang berjaya. Jika hati anda sudah berkobar untuk memulakan bisnes tak kira secara online atau offline, dapatkan dulu panduan dari pakar bisnes yang sudah lama bergiat dalam bidang ini dan sudah banyak pengalaman. Contoh pakar usahawan internet yang paling popular ialah David Jo. Dia baru-baru ini telah mengeluarkan ebook terbarunya yang bertajuk Pakar Usahawan Internet. Ebook ini memang terbaik, teliti, mudah difahami dan yang paling penting ianya senang dipraktikkan.  


Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan. Atau LIKE facebook kami.

Monday, October 7, 2013

Tips Buat duit dengan bisnes jual beli Domain Name

This summary is not available. Please click here to view the post.

Sunday, October 6, 2013

5 keburukan bisnes online

Segala sesuatu yang ada di muka bumi ini mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Bidang perniagaan online juga sama. Berikut merupakan 5 keburukan bisnes online yang kerap dibincangkan.

1. Kurang interaksi sosial. Kebanyakkan bisnes online dilakukan dari rumah saja. Walaupun keadaan ini memudahkan cara berniaga tapi ia tidak memberi kesan sosial seperti yang berlaku di tempat kerja tradisional seperti pejabat. Hampir kesemua komunikasi bisnes online ini dilakukan dengan menggunakan email, IM, skpe, dan facebook dan keadaan ini menyukarkan interaksi sosial seperti yang berlaku dalam pertemuan face-to-face.

2.Memerlukan kemahiran komputer dan teknologi maklumat. Sudah tentu anda memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumat jika mahu menceburi bidang bisnes online ini. Jika anda kurang mahir dalam ilmu perkomputeran, mintalah khidmat bantuan dari mereka yang mahir.

3. Sukar mendapat kepercayaan dari pembeli. Untuk maju dalam bisnes online, anda perlu mendapat kepercayaan dari bakal pelanggan anda dahulu. Anda perlu yakinkan mereka mengenai produk yang anda tawarkan serta meyakinkan mereka mengenai keselamatan wang mereka. Memang sudah menjadi norma bahawa apa-apa yang melibatkan wang akan membuatkan mereka berfikir tiga empat kali sama ada mahu membeli anda atau tidak. Ramai pengguna yang masih takut untuk membelanjakan duit mereka secara online. Ia sangat berbeza dengan membelanjakan duit di kedai-kedai biasa.

4. Kurang dikenali pengguna offline. Walaupun bilangan pengguna internet kian meningkat saban hari, namun jumlah mereka yang tidak menggunakan atau kurang menggunakan internet juga masih sangat ramai. Jadi apabila anda mempunyai bisnes online yang hanya beroperasi secara online, ianya sukar mendapat recognition dari pengguna offline.

5. Keselamatan data. Untuk melakukan transaksi online ketika membuat pembelian barangan, sesuatu laman web itu akan meminta alamat email dan maklumat-maklumat peribadi yang lain untuk disimpan dalam data pelanggan bisnes yang beroperasi dalam melalui laman web tersebut. Walaupun terdapat polici keselamatan data yang menjamin bahawa maklumat peribadi anda itu tidak akan dilihat oleh pihak ketiga, namun mudah sebenarnya maklumat itu terbongkar melalui aktiviti 'hacking' yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Aktiviti hacking ini merupakan satu aktiviti pencerobohan data sesebuah laman web dan para hacker itu akan mencuri data-data pengguna laman web tersebut. Data yang biasa mereka curi ialan senarai email dan maklumat akaun bank atau kad kredit. 


Jadi jika anda teringan nak memulakan bisnes online ini, anda harus mengenalpasti segala risiko yang bakal anda hadapi dan bersedia dengan pelan tindakan. Kalau anda inginkan panduan teliti bagaimana menjadi usahawan online, boleh dapatkan ebook Pakar Usahawan Internet oleh David Jo ini.

Floating Vertical Bar With Share Buttons widget by Making Different