Selain menjadi pemasar affiliate produk digital seperti ebook dan software secara online, anda juga sebenarnya boleh menjadi affiliate kepada barangan fizikal seperti pakaian dan barangan elektronik yang dijual secara online. Konsepnya sama saja, anda memperomosi barangan mereka dan anda mendapat komisyen dari jualan barangan tersebut.
Anda boleh menjadi affiliate kepada laman web jualan barang fizikal seperti Lazada dan Shashinki. Mungkin anda kurang tahu atau tak pernah dengar mengenai Lazada dan Shashinki. Biar saya jelaskan kedua-dua laman web ini secara ringkas.
Lazada
Ianya merupakan pusat membeli belah dalam talian (online) yang terbesar di Malaysia. Sama seperti Lelong.my juga. Bezanya, Lazada ada menawarkan program affiliate sebagai salah satu cara mereka meningkatkan jualan. Terdapat banyak produk fizikal yang anda boleh peroleh di sana seperti peralatan elektronik, kamera, peralatan dapur, alat-alat solek, dan pakaian.
Seperti Lazada, Shashinki juga merupakan pusat membeli belah di atas talian. Bezanya, Shashinki hanya berfokus kepada penjualan kamera dan barangan yang berkaitan dengan kamera. Anda juga boleh menjual kamera anda di sini sekiranya anda memiliki kamera yang sudah tidak digunakan lagi.
Salah satu perbezaan ketara antara affiliate produk digital dengan affiliate produk fizikal ini ialah dari segi jumlah komisyen. Jika anda menjual ebook, komisyennya memang sangat tinggi sehingga ada yang mencecah lebih 50%. Tetapi komisyen yang ditawarkan oleh produk fizikal adalah rendah dan selalunya tak sampai pun 10%. Ini kerana produk fizikal memerlukan modal yang tinggi untuk menghasilkannya manakala produk digital tidak memerlukan modal yang tinggi.
Sebenarnya tidak salah sama sekali jika anda menjadi affiliate kepada kedua produk digital dan produk fizikal secara serentak. Selain dari Shashinki dan Lazada, masih banyak laman web lain yang menawarkan program affiliate ini. Apa yang penting ialah anda meneliti dahulu polisi dan kredibiliti sesebuah laman web yang menawarkan program affiliate. Jangan nanti bila ada pelanggan yang tak puas hati, anda pula yang kena hentam sebab promosikan barang yang kurang berkualiti.
Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan. Atau LIKE facebook kami.
0 comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?