Anda seorang usahawan? atau adakah anda seorang usahawan
yang masih bergelut untuk menjadi usahawan berjaya dan memerlukan nasihat, tips
dan tunjuk ajar?
Di sini saya nak berkongsi 5 rahsia atau kunci untuk menjadi
usahawan berjaya.
1. Tahu apa yang anda mahu. Untuk berjaya, anda mesti
memiliki visi dan rancangan yang jelas. Ini termasuklah menulis apa
matlamat-matlamat anda. Matlamat itu pula mestilah spesifik dan terperinci.
Contohnya: Saya mesti menjual 100 ebook sebelum 1 November ini. Kalau stakat
berkata, 'saya mesti tingkatkan jualan' adalah kurang berkesan.
2. Be positive. Perlu ada attitude dan sedarlah bahawa tiada
seorang pun yang berjaya dengan serta merta dengan satu kali percubaan sahaja.
Akan ada masa kita mengalami kegagalan dan kekurangan. Perkara tersebut adalah
normal dalam bisnes, sama lah juga dengan kehidupan kita.
3. Berhubung dan belajar dari mereka yang sudah berjaya.
JIka anda banyak meluangkan masa bersama dengan mereka yang sudah berjaya dalam
sesuatu bidang perniagaan seperti yang anda ceburi, anda juga akan bermotivasi
tinggi untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam perniagaan anda. Ini lah yang
dinamakan sebagai 'law of attraction'. Selain bertemu dan bina hubungan dengan
mereka, anda juga boleh merujuk buku-buku yang dihasilkan oleh usahawan berjaya
yang lain atau dengan mendengar audio motivasi yang mereka sediakan bersama.
Menimba ilmu dari pakar adalah sangat mustahak jika anda mahu memulakan
sesuatu.
4. Lakukan kajian. Tak kiralah sama ada idea yang timbul
dalam fikiran anda itu hebat, terdapat juga beberapa idea yang mungkin kurang
berkesan atau sukar dilakukan dari apa yang anda fikirkan sebelumnya. Jika anda
seorang usahawan beginner, anda sangat disarankan untuk bergabung dahulu dengan
company yang sudah memiliki produk berkualiti atau mungkin anda boleh
pertimbangkan untuk buat bisnes franchais. Memang lebih mudah untuk menjalankan
bisnes yang sudah dikenali dan sudah memiliki produk yang popular di kalangan
pengguna. Contohnya, Avon, KFC, McDonald, dan Amway.
5. Sabar dan jangan putus asa. Apabila berdepan dengan
kesukaran, tabahkan lah diri untuk menghadapinya. Kembali lah kepada matlamat
asal dan cari jalan penyelesaian kepada segala persoalan yang anda hadapi.
Kejayaan sebenar sangat jarang diperoleh dengan cepat. Kejayaan mengambil masa
untuk direalisasikan.
Mungkin anda dah biasa dengar atau baca mengenai tips yang
diberikan di atas, tapi adakah anda benar-benar menghayatinya? Jika ya, mungkin
sekarang ini anda sudah menjadi salah seorang usahawan yang berjaya. Jika hati
anda sudah berkobar untuk memulakan bisnes tak kira secara online atau offline,
dapatkan dulu panduan dari pakar bisnes yang sudah lama bergiat dalam bidang
ini dan sudah banyak pengalaman. Contoh pakar usahawan internet yang paling
popular ialah David Jo. Dia baru-baru ini telah mengeluarkan ebook terbarunya
yang bertajuk Pakar Usahawan Internet. Ebook ini memang terbaik, teliti, mudah
difahami dan yang paling penting ianya senang dipraktikkan.
Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan. Atau LIKE facebook kami.
0 comments:
Post a Comment
Apa pendapat anda?