Dalam dua tiga hari ini, saya agak sibuk sikit dengan pengemaskinian beberapa laman web dan blog yang saya usahakan selama ini. Sebab tu minggu ini agak jarang untuk update blog ini. Nasib baik lah hari ini ada masa terluang untuk update blog ini. So dalam entri ni saya nak berkongsi 10 idea perniagaan internet yang anda boleh mula sekarang juga.
AMARAN: Jangan ceburi bidang ini kalau anda jenis yang suka goyang kaki dan malas berusaha T-T
1. Perniagaan Blog atau laman web berasaskan domain name.
Domain name atau alamat blog/website disifatkan sebagai aset atau hartanah di alam maya dan ianya sangat bernilai sampaikan ada laman web yang bernilai sampai jutaan ringgit seperti Huffington Post.
Bagaimana nak mula? Anda bina blog atau laman web dengan nama domain yang menarik dan mendapat permintaan tinggi.
Bagaimana buat duit? Anda boleh jual laman web anda itu dengan harga yang tinggi di laman jual beli Flippa.
Cadangan panduan: Jutawan Domain - Rahsia Buat Duit Dengan Domain Name
2. Menulis Blog
Sangat mudah dilakukan. Anda hanya perlu buat blog dan menulis apa sahaja yang anda minat di dalam blog anda itu.
Bagaimana nak mula? Buka akaun blog di Blogger atau Wordpress.
Bagaimana buat duit? Letak iklan atau letak banner affiliate yang bersesuaian dengan minat anda.
Cadangan panduan: Buat Duit Dengan Menulis
3. Pelaburan Saham
Benda ini juga biasa dikenali sebagai 'buat duit dengan duit'. Kalau anda berani ambil risiko dalam dunia saham, maka perniagaan ini sesuai untuk anda.
Bagaimana nak mula? Kalau nak main secara online, anda boleh guna platform Plus500. Daftar kat sana dan download plafrotm saham tersebut.
Bagaimana buat duit? Beli bila harga rendah, jual bila harga saham tinggi.
Cadangan panduan: Panduan Jual Beli Saham
4. Perniagaa Affliate
Boleh mula serta merta dengan modal rendal atau tanpa modal langsung.
Bagaimana nak mula? Daftar affiliate, dapatkan link anda, dan promosikan di Facebook, Twitter, atau blog.
Bagaimana buat duit? Melalui komisyen. Anda dibayar sekitar 50% dari harga produk affiliate.
Panduan cadangan: Rahsia Pemasaran Affiliate
5. Perniagaan eBay
eBay adalah laman jual beli antarabangsa dengan jumlah pelawat berjuta-juta setiap hari. Sesuai bagi anda yang sukakan proses jual beli barang fizikal atau digital.
Bagaimana nak mula? Anda daftar dan buka online store di eBay.
Bagaimana buat duit? jual barang anda atau buat dropship.
Panduan cadangan: Pakej Automatic eBay Powerseller dan Bisnes Mainan dengan eBay
6. Buat duit dengan video
Anda mempunyai kamera yang boleh merakam video? Anda juga boleh buat duit darinya.
Bagaimana? Anda upload video ke youtube.
Bagaiman buat duit? Pengiklanan atau melalui komisyen affiliate
Panduan cadangan: Buat Duit Dengan Youtube
7. Pelaburan Forex
Ia juga hampir sama dengan main saham. Cuma ianya memerlukan anda meniagakan mata wang asing dan bukan saham syarikat.
Bagaimana nak mula? Anda daftar dengan mana-mana platform FOREX. Plus500 juga ada menyediakan forex.
Bagaimana buat duit? Beli bila harga rendah, jual bila harga matawang tinggi.
Panduan cadangan: Panduan Jual Beli Saham
8. Perniagaan Amazon
Anda juga boleh mulakan perniagaan sebagai affiliate amazon.
Bagaimana nak mula? daftar dulu di laman amazon.
Bagaimana buat duit? melalui komisyen dari jualan. Komisyen biasanya dalam mata wang US Dollar.
Panduan cadangan: Pakej Lengkap Video Tutorial Affiliate Amazon
9. Perniagaan Laman Keahlian (Membership site)
Ramai juga yang buat perniagaan laman keahlian ini. Contoh laman keahlian memang banyak seperti Facebook, Apsense, Twitter, dan sebagainya. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.
Bagaimana nak mula? Anda bina satu laman web yang menarik. Contohnya laman web permainan komputer.
Bagaimana buat duit? Anda caj yuran keahlian atau melalui pengiklanan di dalam laman keahlian anda.
Panduan cadangan: Rahsia Pendapatan 30k Sebulan dengan Membership Site
10. Berniaga di Lazada Malaysia
Jika anda mempunyai barang yang mahu dijual, anda boleh menjualnya di Lazada. Kalau anda tiada barang dan mahu buat duit di Lazada pun boleh, jadilah affiliate dan promosi barang yang ada kat sana.
Bagaimana nak mula? Anda daftar sebagai Affiliate Lazada
Bagaimana buat duit? Melalui komisyen dari jualan anda. Berniaga di Lazada memang menguntungkan terutama sebagai affiliate.
Sebenarnya masih banyak lagi perniagaan internet yang boleh anda usahakan. Boleh dapatkan ebook 101 Pernigaan Internet kalau anda inginkan maklumat yang lebih terperinci mengenai jenis-jenis perniagaan tersebut dan bagaimana melaksanakannya.
Dapatkan Tips Bisnes Online terkini terus ke emel anda. Subscibe Via Email di sidebar kanan. Atau LIKE facebook kami.